SELAMAT DATANG KE SUPER INSI ENTERPRISE

SUPER INSI ENTERPRISE menyediakan perkhidmatan konsultansi/perundingan untuk projek akuakultur air tawar, pembinaan lanskap, rekabentuk dan pembinaan bangunan teknologi IBS dan penyelenggaran/pembersihan sistem pengairan (longkang dan sungai).

Di samping itu, SUPER INSI ENTERPRISE membekal input pertanian (baja organik dan chitosan), jentera dan peralatan pertanian, pembekalan benih ikan air tawar dan rekabentuk serta pembekalan tangki gentian kaca fiberglass.

SUPER INSI ENTERPRISE telah memenangi anugerah RBC 2012 di bawah program Rural Business Challenge anjuran Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah (KKLW).


Lawati laman facebook di sini -> SUPER INSI ENTERPRISE

PERTANYAAN, KOMEN DAN CADANGAN :

Pasaran Puyu saiz 4 ke 6 ekor sekilo ?

Salam.

Induk puyu betina saiz 250gram atau 4 ekor sekilo ni dah nak masuk 5 bulan ternak,akan disimpan untuk breeding. Biasanya pemborong & restoran-restoran di Kuala Lumpur akan ambil minima 5 Tan sebulan, untuk menu asam pedas & ikan bakar. Sedap!


Eksperimen makanan rumusan puyu menggunakan campuran;
(a) 30% serbuk kepala bilis
(b) 25% Hampas soya
(c) 15% Minyak sotong
(d) 10% cecair Kitosan
(e) 5% Air
(f) 5% Natural Growth Promoter seperti kekacang, taugeh, duckweed & cendawan
(g) 4% Vitamin Premix
(h) 3% Minyak sawit
(i) 3% Binder

Kepada yang berminat mendapatkan puyu saiz 4 ke 6 ekor sekilo, boleh bid tawaran sekarang, mula dari harga RM12/kilo. Minimum order 100kg, tak termasuk penghantaran.

Selamat menternak!

Mari Belajar Akuaponik

Teknologi Akuaponik ;








Selamat Mencuba!

Hatceri Plankton

Teknik Hatceri plankton;




Selamat Mencuba!

Kolam Bajet

Teknik membina kolam bajet rendah;




Jangan lupa pasang overflow. Selamat Mencuba!

KURSUS PENGURUSAN MAKANAN RUMUSAN AKUAKULTUR (PULAU SAYAK,KEDAH NOV-09)

Salam semua.

Sawadeekarp. Terima kasih diucapkan kepada semua warga kursus yang hadir dan semua staf dari Jabatan Perikanan Pulau Sayak,Kedah di atas penganjuran KURSUS PENGURUSAN MAKANAN RUMUSAN AKUAKULTUR. Di sini kami berkongsi pengalaman dan sedikit gambar koleksi semasa kursus dijalankan.

1. Teknik menambah bahan mikro ke dalam mesin pengadun (mixer) :




2. Penerangan teknologi Pelletizer dengan steam injector :






3. Proses Pelletizing menghasilkan 3mm saiz pelet :





4. Proses Pengeringan menggunakan Oven :




5. Pelakon Utama & Pelakon Pembantu kursus :





6. Koleksi Gambar Kursus :



Ucapan terima kasih dari SUPER INSI ENTERPRISE kepada semua peserta dan staf Jabatan Perikanan. Jumpa Lagi di kursus tahun hadapan (Udang Galah, Siakap Air Tawar dan lain-lain).
Salam AidilAdha & Salam sejahtera.

KAP KHOUN KAP

Hasil Cendawan dari Teknologi Kitosan

Salam semua...

Isnin lepas, kami baru sahaja tiba di tapak tanaman cendawan Aizat Agrotech iaitu ejen Kitosan kami di Gombak, Selangor. Alangkah terkejutnya melihat cendawan hasil dari semburan Kitosan. Sekuntum cendawan mencecah berat 100g! Bayangkan betapa untungnya perngusaha dengan 10 kuntum cendawan sahaja mencecah 1 kg. Hasil keluaran semestinya berlipat kali ganda!


Sekuntum cendawan mencecah 100g.
Botol Kitosan (kiri) & Pungchorot (kanan) sebagai bahan organik
yang mempercepat & meningkatkan kualiti hasil keluaran tanaman.

Kuntum cendawan bersaiz besar, purata 100g setiap satu.

Pengarah Urusan AizatAgrotech iaitu Ir. Shaffie puas hati
dengan hasil cendawan yang lebih lumayan.


Ukuran lebar sekuntum cendawan hampir mencecah 8 inci.


Satu bongkah menghasilkan lebih dari
satu kuntum cendawan bersaiz besar.


Cendawan yang telah disembur Kitosan,
berukuran 6 inci.


Selamat Mencuba!

KITOSAN POODANG - TEKNOLOGI UNTUK TANAMAN & TERNAKAN



















AMAT SESUAI UNTUK PADI.



Amat sesuai untuk ternakan tenusu atau pedaging seperti lembu, kambing, rusa, ayam, itik, puyuh, burung unta, semua jenis ikan ternakan dan hiasan,burung hiasan dan lain lain.

Dicampur dalam minuman ternakan.

Ternakan minum air yang telah dicampur Kitosan.

Peningkatan pengeluaran susu hampir sekali ganda bagi ternakan tenusu dan bg ternakan pedaging pula mengurangkan lemak pada daging ternakan tersebut.


Kolam udang dipam airnya sehingga kering .

Kitosan dibancuh kemudian di sembur ke seluruh lantai kolam supaya menyahkan asid tanah.





Selepas itu air di pam semula kedalam kolam sehingga air secukupnya.
Kemudian, 1 botol Kitosan (1 liter) dituang kedalam kolam tadi.

Benih udang yang dilepaskan ke dalam kolam.

Sampel air kolam diambil dan diuji (pH) bg menentukan kandungan asid di dalamnya.


Kitosan dibancuh dengan sedikit air kemudian digaul dengan dedak sehingga sebati.

Setelah sebati dedak tadi ditaburkan ke dalam kolam untuk diberi makan pada udang.

Keadaan udang seminggu sebelum di tuai.


Suasana semasa menuai hasil ternakan.

Proses menggred udang oleh pekerja kolam udang.

Udang yang telah digred sedia untuk dipasarkan ke pasaran tempatan dan dieksport.