SELAMAT DATANG KE SUPER INSI ENTERPRISE

SUPER INSI ENTERPRISE menyediakan perkhidmatan konsultansi/perundingan untuk projek akuakultur air tawar, pembinaan lanskap, rekabentuk dan pembinaan bangunan teknologi IBS dan penyelenggaran/pembersihan sistem pengairan (longkang dan sungai).

Di samping itu, SUPER INSI ENTERPRISE membekal input pertanian (baja organik dan chitosan), jentera dan peralatan pertanian, pembekalan benih ikan air tawar dan rekabentuk serta pembekalan tangki gentian kaca fiberglass.

SUPER INSI ENTERPRISE telah memenangi anugerah RBC 2012 di bawah program Rural Business Challenge anjuran Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah (KKLW).


Lawati laman facebook di sini -> SUPER INSI ENTERPRISE

PERTANYAAN, KOMEN DAN CADANGAN :

KURSUS PENGURUSAN MAKANAN RUMUSAN AKUAKULTUR (PULAU SAYAK,KEDAH NOV-09)

Salam semua.

Sawadeekarp. Terima kasih diucapkan kepada semua warga kursus yang hadir dan semua staf dari Jabatan Perikanan Pulau Sayak,Kedah di atas penganjuran KURSUS PENGURUSAN MAKANAN RUMUSAN AKUAKULTUR. Di sini kami berkongsi pengalaman dan sedikit gambar koleksi semasa kursus dijalankan.

1. Teknik menambah bahan mikro ke dalam mesin pengadun (mixer) :




2. Penerangan teknologi Pelletizer dengan steam injector :






3. Proses Pelletizing menghasilkan 3mm saiz pelet :





4. Proses Pengeringan menggunakan Oven :




5. Pelakon Utama & Pelakon Pembantu kursus :





6. Koleksi Gambar Kursus :



Ucapan terima kasih dari SUPER INSI ENTERPRISE kepada semua peserta dan staf Jabatan Perikanan. Jumpa Lagi di kursus tahun hadapan (Udang Galah, Siakap Air Tawar dan lain-lain).
Salam AidilAdha & Salam sejahtera.

KAP KHOUN KAP

Hasil Cendawan dari Teknologi Kitosan

Salam semua...

Isnin lepas, kami baru sahaja tiba di tapak tanaman cendawan Aizat Agrotech iaitu ejen Kitosan kami di Gombak, Selangor. Alangkah terkejutnya melihat cendawan hasil dari semburan Kitosan. Sekuntum cendawan mencecah berat 100g! Bayangkan betapa untungnya perngusaha dengan 10 kuntum cendawan sahaja mencecah 1 kg. Hasil keluaran semestinya berlipat kali ganda!


Sekuntum cendawan mencecah 100g.
Botol Kitosan (kiri) & Pungchorot (kanan) sebagai bahan organik
yang mempercepat & meningkatkan kualiti hasil keluaran tanaman.

Kuntum cendawan bersaiz besar, purata 100g setiap satu.

Pengarah Urusan AizatAgrotech iaitu Ir. Shaffie puas hati
dengan hasil cendawan yang lebih lumayan.


Ukuran lebar sekuntum cendawan hampir mencecah 8 inci.


Satu bongkah menghasilkan lebih dari
satu kuntum cendawan bersaiz besar.


Cendawan yang telah disembur Kitosan,
berukuran 6 inci.


Selamat Mencuba!