SELAMAT DATANG KE SUPER INSI ENTERPRISE

SUPER INSI ENTERPRISE menyediakan perkhidmatan konsultansi/perundingan untuk projek akuakultur air tawar, pembinaan lanskap, rekabentuk dan pembinaan bangunan teknologi IBS dan penyelenggaran/pembersihan sistem pengairan (longkang dan sungai).

Di samping itu, SUPER INSI ENTERPRISE membekal input pertanian (baja organik dan chitosan), jentera dan peralatan pertanian, pembekalan benih ikan air tawar dan rekabentuk serta pembekalan tangki gentian kaca fiberglass.

SUPER INSI ENTERPRISE telah memenangi anugerah RBC 2012 di bawah program Rural Business Challenge anjuran Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah (KKLW).


Lawati laman facebook di sini -> SUPER INSI ENTERPRISE

PERTANYAAN, KOMEN DAN CADANGAN :

Pasaran Puyu saiz 4 ke 6 ekor sekilo ?

Salam.

Induk puyu betina saiz 250gram atau 4 ekor sekilo ni dah nak masuk 5 bulan ternak,akan disimpan untuk breeding. Biasanya pemborong & restoran-restoran di Kuala Lumpur akan ambil minima 5 Tan sebulan, untuk menu asam pedas & ikan bakar. Sedap!


Eksperimen makanan rumusan puyu menggunakan campuran;
(a) 30% serbuk kepala bilis
(b) 25% Hampas soya
(c) 15% Minyak sotong
(d) 10% cecair Kitosan
(e) 5% Air
(f) 5% Natural Growth Promoter seperti kekacang, taugeh, duckweed & cendawan
(g) 4% Vitamin Premix
(h) 3% Minyak sawit
(i) 3% Binder

Kepada yang berminat mendapatkan puyu saiz 4 ke 6 ekor sekilo, boleh bid tawaran sekarang, mula dari harga RM12/kilo. Minimum order 100kg, tak termasuk penghantaran.

Selamat menternak!

0 comments:

Post a Comment